Tuesday, July 5, 2011

MAKE OVER


Mereka ini adalah "my cupcakes".. kecuali Ramli Sarip tu ya.. haha..



Perasan lawo malam tu.. walaupun orang tak kata saya cantik, tetapi biarlah saya je syok sendiri.. haha..

Sudah berzaman2, bertahun2, berbulan2 nak make over "konon", supaya nampak the "vass", meletup mak!! Tetapi belum dapat merealisasikan make over itu, tetapi setelah membuat research pada sekian lama, barulah impian terlaksana. Tidaklah sehebat Ummie Aida, tetapi jadilah sekiranya boleh nampak akan perubahannya. Hendak betul2 selim melim, belum dapat, jd dapat bermakeup tebal pun jadilaa..

Saya pula agak lama bersara dari bermakeup ni, bukan apa, waktu yang diambil untuk mengecat wajah tu agak lama, jika zaman sebelum berkahwin tu agak rajin jugala.. ada anak seorang pun masih lagi rajin, tetapi lama kelamaan, jd terlupa untuk bermakeup. Kemungkinan juga di sebabkan saya ini tidak bekerja. Bila di rumah memang sempoi abiss la, sebab melakukan kerja2 buruh, bukan seperti orang lain yang bergaya setiap hari dan menjaga penampilan wajah mereka untuk pergi bekerja.

Entri kali ini bukanlah hendak menuju kpd sesiapa, tapi ini yang berlaku sekarang, bila pergi kerja bukan main wangi, baju nak cantik2, tudung lilit, kasut tinggi 4 ".. tp di rumah pakai ala kadar, tapi betul juga la, di rumah kerjanya berbeda dgn di pejabat, di luar berjumpa ramai pelanggan atau client, di rumah pula basuh punggung anak, takkanla nak pakai baju berlabuci, bermanik2, bagai..

Bertuah pada mereka yang mampu menggaji pembantu rumah, sudah tentu urusan2 sebegini maid yang handle. Di pejabat tangan sentiasa berlosen wangi tetapi di rumah tangan berbau bawang atau sambal belacan. Memang wanita2 chantek ni agak payah hendak maintain penampilan di pejabat dan di rumah. Jadi kepada para2 suami atau lelaki2 ini, faham2 le situasi wanita2 yang hendak chantek dlm apa jua situasi.

Jika di rumah para2 suami meminta isteri bermakeup ala2 artis di rumah tu, agak2 le sikit, janganla nak di samakan drama2 yg di dlm tv dengan kehidupan seharian kita. Jadi solusi pada kes ini, sekiaranya wanita2 chantek ini mendapat jemputan atau perlu menghadiri apa2 majlis, sekiranya mampu untuk berhabis untuk kelihatan vogue atau jelita untuk pada majlis itu pergilah bermakeup tebal untuk kelihatan cantik. Kerana bukan hari2 kita boleh bermakeup tebal, sebab banyak urusan wanita2 chantek ini di rumah.

Pergi pasar, hantar dan ambil anak sekolah, pergi ke pasaraya2 membeli brg2 dapur, hantar tuition, hantar mengaji, pergi sekolah jumpa cikgu. Hendak masak lagi, pada mereka yang sentiasa bermakeup dan tidak pernah keluar rumah tanpa memakai bulu mata palsu, saya respect betullah. Kerana saya tidak mampu untuk berbuat demikian. Tetapi untuk menjaga penampilan diri janganlah sampai terlalu malas, buatlah sekadar yang mampu.

Tetapi bila sesekali keluar buatlah make over macam saya ni.. haha.. seksanya memakai bulu mata palsu, berapa kali try baru rasa selesa.. WANITA OH! WANITA..

No comments:

Post a Comment