Thursday, April 21, 2011

EMOSI


Tiba2 beremosi pula memalam ni, mungkin sebab dah lewat malam, itu yang beremosi. Semua orang beremosi. Jika tidak, bukanlah manusia. Setiap hari kita akan melalui pelbagai ragam dan perangai manusia. Kekadang boleh hilang sabar jika tidak mengawal emosi. Emosi ini akan sentiasa bersama2 kita, dan apa yang datang dulu sebelum membuat keputusan adalah emosi kemudian baru datangnya logik akal.

Apa2 perkara atau perbuatan pun sebenarnya emosi yang beritahu dulu, walau kita mengelak dan tahu untuk berfikir, tapi emosi juga yang mendominasi fikiran. Contoh ; memarahi anak2, saya la tu.. belum sempat fikir lagi, dah kena ambush.. Emosi mengawal situasi. Banyak lagi jika hendak sebut, WANITA2 CHANTEK ini dah sinonim dengan suka shopping, tidak mengira bangsa, yang banyak duit atau yang duit ada tapi tak banyak, tetap juga shopping, mengikut budget masing2. Shopping tak ingat!

Perihal wanita2 di luar sana dan saya jugalah, bagi yang sudah berkahwin kadang2 emosi wanita2 ini bergantung kepada layanan suami juga. Ini dari kacamata saya dan dari research yang saya perhatikan selama inilah.. Bila saya perhati jika wanita2 ini yang moody semacam, saya rasa sure di rumah tadi ada masalah dengan suami. Saya bukanlah nak menjatuhkan atau merendah2kan martabat wanita2 ini termasuk saya, cuma wanita2 ini tidak boleh mengawal emosi.

Ada lagi yang saya selalu nampak dan buat2 tak nampak, wanita2 yang sudah berkahwin tetapi bukan main manja dengan lelaki2 di luar sana.. sorry banyak2 kalau ada yang terasa.. tidak kiralah yang bertudung labuh, yang bertudung fashion2, atau yang tidak bertudung, sama sahaja. Suaranya mak aaiii... punyalah manja lentok, terkulai.. memang boleh buat lelaki2.. berpaling tadah sekejap.. haha..

Jika kes seperti di atas, itu saya rasa kurang layanan suami atau kurang makan ke?.. haha.. Tapi kalau dia dah macam ELLA ROCK tu dah tua2 pun manja semulajadi saya rasa ok kot.. Tapi yang buat2 manja, menggoda ni.. silalah pulang ke pintu rumahtangga masing2, pratikkanlah manja dan suara yang agak nak tak nak terkeluar tu dengan suami masing2. Hhaa.. tu dia.. mungkin saya pun beremosi juga, tatkala menaip tajuk ini, tetapi sudah bertahun2 saya memikirkannya, hal2 wanita2 ini. Maklumlah zaman sekarang ni..

Kepada wanita2 hamil, sudah tentu perlu di jaga emosi mereka ini, jika tidak baby di dalam kandungan pun bila keluar nanti suka menangis dan merengek2. Mereka ini akan di beri layanan ala2 puteri di raja, apa hajat di hati semua di turutkan. Mengidam nak holiday ke Hong Kong, jika mampu harus di tunaikan.. haha.. jaga emosi ibu dan baby, jika tidak nanti baby muka masam.. hehe..

Saya pun tidak tahu apa motif saya menaip tajuk ini, cuma sambil baring2 tu tiba2 perkataan demi perkataan yang keluar, so ambil laptop terus je jari jemari ni bermain di keyboard. Apa yang saya boleh katakan di sini, kepada para pria2 dan suami2 layanlah wanita dan isteri anda sebaik mungkin, supaya wanita2 ini tidak meraih layanan di luar, sebab di rumah emosi seorang isteri tidak di ambil tahu oleh sang suami. Wanita2 ini hanya perlukan layanan dan belaian sahaja, macam kucing.. mmeeooww.. SENYUM..

p.s kucing di atas tu kurang belaian dari tuan dia sebab tu terlentok menggoda macam tu.. haha..

No comments:

Post a Comment