Thursday, September 8, 2011

Apa yang best sangat di HARI RAYA??..

Tu dia!! cucu2 opah berkumpul, tapi ini masih ada yang tak balik beraya bersama. Jika semua balik, dah tentu rumah opah padat, pandai2lah mencari tempat tidur. Apa yg best ya time raya? Ada org kata tak bestlah, balik kampung tidur sesak2, tak selesa, rumah kampunglah, toilet berebutlah, berseleraklah.. mcm2.. Tapi sebenornya itulah keseronokkan balik beraya. Hanya setahun sekali, saya jeles org yg ada kampung, balik kampung sejuk, rumah kampung malam2 boleh duduk tepi tingkap, sambil tgk org di bawah, lepak2 di tangga2.. bestnyerr..

Sekarang dah berbeza, orang balik beraya, ada yg tido di hotel2, homestay, chalet2.. Time raya la seronok2 dapat berkumpul ramai2, tidur himpit2, anak2 lagi suka, dapat berjumpa sepupu2 mereka, byk benda nak update, ipar2 pula sibuk nak tgk fashion baju raya apa.. hehe.. mandi nak kena ikut giliran. Eh!! byk lagi lah.. Tidak di nafikan memang tidak selesa, tapi ini hanya setahun sekali, kita balik kampung pun jarang, time rayalah masanya. Org paling bodoh di dunia pun akan kata tak selesa jika dah ramai2 bersesak, tapi tidaklah sesesak mana.

Kita balik pun tak lama, paling lama pun 3 hari 2 malam, lepas tu semua cabut ke rumah mertua masing2, saborlah sekejap, rayakan.. Anak2 baru nak berseronok, mlm raya, bermain mercun, sekarang dah tak main mercun bodoh tu, sekarang ni mercun KLCC.. meletup tak henti2, yg bawah umur dah tentu main bunga api. Kita lepaskan sekejap anak2 kita supaya enjoy mlm tu, hari2 lain tak bole le.. Zaman kanak2 sekali je, bior le mereka merasa..

Yang paling best raya ialah boleh makan.. Makan tanpa kawalan, anak2 pula seronok kumpul duit raya. Tetapi bagi mereka yang berkemampuan, sudah pasti semua hendak baru, kereta baru, perabot baru, langsir baru, seluar dalam pun nak baru.. hehe.. Yang pasti di HARI YANG MULIA INI, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAFKAN SEGALA KESILAPAN DAN SEMOGA UMUR KU PANJANG DAN BERPELUANG MENYAMBUT HARI RAYA PADA TAHUN HADAPAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. * senyum *

Tuesday, July 5, 2011

MAKE OVER


Mereka ini adalah "my cupcakes".. kecuali Ramli Sarip tu ya.. haha..



Perasan lawo malam tu.. walaupun orang tak kata saya cantik, tetapi biarlah saya je syok sendiri.. haha..

Sudah berzaman2, bertahun2, berbulan2 nak make over "konon", supaya nampak the "vass", meletup mak!! Tetapi belum dapat merealisasikan make over itu, tetapi setelah membuat research pada sekian lama, barulah impian terlaksana. Tidaklah sehebat Ummie Aida, tetapi jadilah sekiranya boleh nampak akan perubahannya. Hendak betul2 selim melim, belum dapat, jd dapat bermakeup tebal pun jadilaa..

Saya pula agak lama bersara dari bermakeup ni, bukan apa, waktu yang diambil untuk mengecat wajah tu agak lama, jika zaman sebelum berkahwin tu agak rajin jugala.. ada anak seorang pun masih lagi rajin, tetapi lama kelamaan, jd terlupa untuk bermakeup. Kemungkinan juga di sebabkan saya ini tidak bekerja. Bila di rumah memang sempoi abiss la, sebab melakukan kerja2 buruh, bukan seperti orang lain yang bergaya setiap hari dan menjaga penampilan wajah mereka untuk pergi bekerja.

Entri kali ini bukanlah hendak menuju kpd sesiapa, tapi ini yang berlaku sekarang, bila pergi kerja bukan main wangi, baju nak cantik2, tudung lilit, kasut tinggi 4 ".. tp di rumah pakai ala kadar, tapi betul juga la, di rumah kerjanya berbeda dgn di pejabat, di luar berjumpa ramai pelanggan atau client, di rumah pula basuh punggung anak, takkanla nak pakai baju berlabuci, bermanik2, bagai..

Bertuah pada mereka yang mampu menggaji pembantu rumah, sudah tentu urusan2 sebegini maid yang handle. Di pejabat tangan sentiasa berlosen wangi tetapi di rumah tangan berbau bawang atau sambal belacan. Memang wanita2 chantek ni agak payah hendak maintain penampilan di pejabat dan di rumah. Jadi kepada para2 suami atau lelaki2 ini, faham2 le situasi wanita2 yang hendak chantek dlm apa jua situasi.

Jika di rumah para2 suami meminta isteri bermakeup ala2 artis di rumah tu, agak2 le sikit, janganla nak di samakan drama2 yg di dlm tv dengan kehidupan seharian kita. Jadi solusi pada kes ini, sekiaranya wanita2 chantek ini mendapat jemputan atau perlu menghadiri apa2 majlis, sekiranya mampu untuk berhabis untuk kelihatan vogue atau jelita untuk pada majlis itu pergilah bermakeup tebal untuk kelihatan cantik. Kerana bukan hari2 kita boleh bermakeup tebal, sebab banyak urusan wanita2 chantek ini di rumah.

Pergi pasar, hantar dan ambil anak sekolah, pergi ke pasaraya2 membeli brg2 dapur, hantar tuition, hantar mengaji, pergi sekolah jumpa cikgu. Hendak masak lagi, pada mereka yang sentiasa bermakeup dan tidak pernah keluar rumah tanpa memakai bulu mata palsu, saya respect betullah. Kerana saya tidak mampu untuk berbuat demikian. Tetapi untuk menjaga penampilan diri janganlah sampai terlalu malas, buatlah sekadar yang mampu.

Tetapi bila sesekali keluar buatlah make over macam saya ni.. haha.. seksanya memakai bulu mata palsu, berapa kali try baru rasa selesa.. WANITA OH! WANITA..

Thursday, April 21, 2011

EMOSI


Tiba2 beremosi pula memalam ni, mungkin sebab dah lewat malam, itu yang beremosi. Semua orang beremosi. Jika tidak, bukanlah manusia. Setiap hari kita akan melalui pelbagai ragam dan perangai manusia. Kekadang boleh hilang sabar jika tidak mengawal emosi. Emosi ini akan sentiasa bersama2 kita, dan apa yang datang dulu sebelum membuat keputusan adalah emosi kemudian baru datangnya logik akal.

Apa2 perkara atau perbuatan pun sebenarnya emosi yang beritahu dulu, walau kita mengelak dan tahu untuk berfikir, tapi emosi juga yang mendominasi fikiran. Contoh ; memarahi anak2, saya la tu.. belum sempat fikir lagi, dah kena ambush.. Emosi mengawal situasi. Banyak lagi jika hendak sebut, WANITA2 CHANTEK ini dah sinonim dengan suka shopping, tidak mengira bangsa, yang banyak duit atau yang duit ada tapi tak banyak, tetap juga shopping, mengikut budget masing2. Shopping tak ingat!

Perihal wanita2 di luar sana dan saya jugalah, bagi yang sudah berkahwin kadang2 emosi wanita2 ini bergantung kepada layanan suami juga. Ini dari kacamata saya dan dari research yang saya perhatikan selama inilah.. Bila saya perhati jika wanita2 ini yang moody semacam, saya rasa sure di rumah tadi ada masalah dengan suami. Saya bukanlah nak menjatuhkan atau merendah2kan martabat wanita2 ini termasuk saya, cuma wanita2 ini tidak boleh mengawal emosi.

Ada lagi yang saya selalu nampak dan buat2 tak nampak, wanita2 yang sudah berkahwin tetapi bukan main manja dengan lelaki2 di luar sana.. sorry banyak2 kalau ada yang terasa.. tidak kiralah yang bertudung labuh, yang bertudung fashion2, atau yang tidak bertudung, sama sahaja. Suaranya mak aaiii... punyalah manja lentok, terkulai.. memang boleh buat lelaki2.. berpaling tadah sekejap.. haha..

Jika kes seperti di atas, itu saya rasa kurang layanan suami atau kurang makan ke?.. haha.. Tapi kalau dia dah macam ELLA ROCK tu dah tua2 pun manja semulajadi saya rasa ok kot.. Tapi yang buat2 manja, menggoda ni.. silalah pulang ke pintu rumahtangga masing2, pratikkanlah manja dan suara yang agak nak tak nak terkeluar tu dengan suami masing2. Hhaa.. tu dia.. mungkin saya pun beremosi juga, tatkala menaip tajuk ini, tetapi sudah bertahun2 saya memikirkannya, hal2 wanita2 ini. Maklumlah zaman sekarang ni..

Kepada wanita2 hamil, sudah tentu perlu di jaga emosi mereka ini, jika tidak baby di dalam kandungan pun bila keluar nanti suka menangis dan merengek2. Mereka ini akan di beri layanan ala2 puteri di raja, apa hajat di hati semua di turutkan. Mengidam nak holiday ke Hong Kong, jika mampu harus di tunaikan.. haha.. jaga emosi ibu dan baby, jika tidak nanti baby muka masam.. hehe..

Saya pun tidak tahu apa motif saya menaip tajuk ini, cuma sambil baring2 tu tiba2 perkataan demi perkataan yang keluar, so ambil laptop terus je jari jemari ni bermain di keyboard. Apa yang saya boleh katakan di sini, kepada para pria2 dan suami2 layanlah wanita dan isteri anda sebaik mungkin, supaya wanita2 ini tidak meraih layanan di luar, sebab di rumah emosi seorang isteri tidak di ambil tahu oleh sang suami. Wanita2 ini hanya perlukan layanan dan belaian sahaja, macam kucing.. mmeeooww.. SENYUM..

p.s kucing di atas tu kurang belaian dari tuan dia sebab tu terlentok menggoda macam tu.. haha..

Wednesday, April 13, 2011

PAHALA

Hari ini nak bersembang hal pahala pula, macamla saya ni begitu arif tentang pahala, tapi boleh juga nak share apa yang saya tahu. Mari kita rungkaikan kisah gambar di atas. Apa yang terlintas di minda anda mula2? Apa lagi kalau bukan duit. Itulah peranan penting kita di dunia, mencari nafkah untuk anak2 dan isteri dan famili. Bukan mudah untuk mencari duit di zaman yang serba mencabar ini.

Sebagai balasan untuk suami yang berjuang dengan penat lelah untuk memenuhi segala keperluan dan keinginan keluarga terutamanya isteri, biasala orang perempuan, kata nak jadi WANITA CHANTEK.. sudah tentu banyak keinginannya bukan keperluan.. haha.. Jadi sambil kita mengurangkan stress dan lelah suami, isteri boleh mendapat pahala dan permintaan dari suami. haha..

Apa yang saya tuliskan di sini cuma apa yang saya tahu, saya ni bukanlah penulis intelektual yang pandai berhujah dan berdebat di dalam segala hal, cuma nak share apa yang saya amalkan, mungkin ada orang yang lebih hebat dan lebih pandai di dalam hal2 sebegini. Sebagai isteri ni sebenarnya memang mudah sangat2 mendapat pahala, sebagai contoh bila suami balik ke rumah, hidangkanlah minuman kegemaran suami, PAHALAnya = puasa sunat untuk 1 tahun. Buat minuman untuk suami saya rasa adalah pekerjaan paling senang di dunia, nampak senang, tetapi sebagai manusia normal, ada masanya bila kita rasa perkara itu paling mudah, sudah tentu kita akan berkata, "alaa.. buat je la sendiri".. tambahan pula sekarang ni 3 in 1 dah banyak, air panas pun sentiasa ada, bukan kena masak macam zaman dulu2.

Ke dua,mengurut suami, bukanlah suami tu hendak kita mengurut macam di spa, memadai sekadar menggosok2 di belakang badan, memicit kepala, tidak perlu tenaga yang kuat, rasanya dengan sentuhan manja dan penuh kasih sayang tu rasanya sudah cukup. Bahagian tapak kaki pula, sambil bukakan stokin suami tu buatla ala2 reflexology, (betul ke spelling tu).. ala2 tu membawa maksud, sekadar menggosok2, picit2 lebih kurang je, baru tulis je rasa macam dah penat nak buat ya, tapi suami tu bekerja mencari nafkah untuk kesenangan isteri dan anak2 itu lebih penat, jadi berbaloilah kita isteri ni mengurut suami, PAHALAnya = mendapat 7 lapis emas tanpa disuruh, jika di suruh dapat juga pahala, jangan risau ada juga, PAHALAnya = 7 lapis perak. Ok la tu..

Jika hendak di rungkaikan satu persatu memang tidak akan habis, pada wanita2 yang rajin memasak untuk suami tu pahalanya saya rasa tidak terkira, bayangkanlah setiap hari memasak, pahalanya = mendapat pahala haji dan umrah. Wahh! bayangkanlah.. Pandang suami dengan penuh kasih sayang pun dapat pahala, PAHALAnya = dipandang ALLAH dengan pandangan rahmat. Tapi kepada para2 suami, kot2 la ada terbaca artikel ni, janganla tiba2 terus nak menyuruh isteri. Sebabnya bila di suruh kita akan jadi malas nak buat. ngee..

Suami2 pula jika inginkan layanan di raja dari isteri, buatlah sesuatu pekerjaan itu tanpa merungut2 di depan isteri, bila balik ke rumah janganlah bermuka masam pada isteri, jika isteri tu tidak memenuhi permintaan suami, muhasabah diri semula, mungkin kekadang ada masanya suami itu tidak melayan isteri itu sebaiknya. Hendak melayan WANITA2 CHANTEK ni bukannya susah sangat, jika segala kemahuan dan segala keperluan di sediakan suami, sudah tentu tiada masalah besar, kekadang WANITA2 CHANTEK ni bukannya hendak shopping setiap hari, cuma mereka2 ini ingin DITEMANI setiap masa, DIMANJAI dengan penuh kasih sayang, jika yang pandai BERKATA2 ala2 AYAT2 CINTA lagi bagus, itu sudah mencukupi. haha..

Ini semua bukanlah penentu kebahagiaan, tetapi selagi kita hidup bersama sudah tentu kita inginkan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga sentiasa bersama dengan kita. Kita sendiri berusaha ke arah kebahagiaan, semua perkara di dunia ini tidak datang bergolek, melainkan kita berusaha. Setiap hari cuba memperbaiki kelemahan diri, apatah lagi bila usia semakin menginjak, sudah tentu ada beberapa perkara yang kita ambil mudah, kekadang perkara2 yang remeh temeh itulah yang kita harus jaga. Jika perkara2 kecil kita tidak jaga, bagaimana hendak menjaga perkara2 yang lebih berat.

Beruntungnya kita sebagai seorang muslim, buat je dapat pahala, baru berniat yang baik2 je pun dapat pahala. Ok lah, nak pergi buat pahala ni, melayan anak2 makan pula. Semoga ALLAH memberkati apa yang kita usahakan di dunia ini.. Amin..

Saturday, April 2, 2011

JAGA BODY

Inilah tempatnya,kita orang anak beranak suka makan-makan di tengah malam. Di sini yang bestnya sebelah taman ni ada uptown, dekat Danau Kota, lepas makan kita orang jalan-jalan kat uptown, macam-macam benda boleh shopping di sini, tapi kalau baju-baju yang cute-cute tu berlambaklah, yang extra cute-cute, tu kena la rajin pusing sampai terjumpa. Siapa suruh makankan.. Anak-anak paling suka, sebab ada jual binatang-binatang, boleh tengok binatang-binatang tu tanpa berkedip-kedip, malam minggu boleh la melayan anak-anak ni.

Macamana gambar char koew teow ni kat atas pulak,sorryla,saya ni tak handal lagi ni,jika ada yang bercelaru sorry ek..


Topic jaga body,a.k.a badanlah senang.Jaga badan,tengoklah di atas tu,mencuba sedaya upaya supaya menampakkan badan yang selim..haha..Inilah cabaran yang paling getir,bagi sayalah,orang lain mungkin tidaklah segetir saya menahan nafsu makan.Bagaimana hendak menahan nafsu makan? Sedangkan gambar-gambar di bawah ini sebahagian makanan yang paling saya gemari hingga ke hujung nyawa.Bukan bercinta sahaja ke hujung nyawa,makanan pun memberi peranan yang utama dalam kehidupan seharian kita.


Haa..cawangan ni baru di buka di Sri Gombak.Berdekatan dengan rumah saya,yang membawa maksud,bila teringin atau mengidam,samapai kechor air liur,orang Perak kata,apalagi,berdesuplah ke sini.Tutup tengah malam,waktu itu jugalah nak pergi makan.Hendak jaga badan boleh,makanlah ikan-ikan sahaja,tapi..bolehkee? Problem is,sebelum sampai,mulut ni berkata makan ikan-ikan,lauk-lauk sahaja,tetapi bila kaki ini sudah menjejaki tempat itu,mulut dan hati seiring berkata,nak nasilah.Nak kena beritahu ke? Apalagi,licinla sepinggan nasi..eerrkk..ALHAMDULILLAH..kenyang.Tak perlu berkata apa-apa,dah berlaku..ngee..

Ini baru sikit je..tak tunjuk gambar nasi tu,kononnya pada mula tak mahu makan nasik.

Gambarnya di atas sekali..eerr..sorry,macamana bole jadi lagu ni,dah cakap utara pulak.Harap-harap u all faham ya.. Siapa tak tahu apa nama ni? Sengaja buat tak tahu.Char Koew Teow..paling sedap di makan di waktu tengah malam juga.Saya berasa pelik dan buat-buat pelik,kenapa makan di tengah malam tu rasa macam best sangat.Cuba kita makan char koew teow ni time breakfast or lunch,sure feeling dia tak sefeeling makan di tengah malam.Kenapa ya?..Buat-buat tanya pulak malcik ni.


Nasi lemak ayam! Uuii..tengok sambal dia melimpah-limpah,dah tu merah menyala.Nak makan di sini kena Q,tengah Q,hati tu pun cakap sama macam story di atas,tak mahu makan,nak share dengan anak-anak je ataupun husband.Tetapi di sebabkan kadang-kadang Qnya panjang,asal sampai je di cashier,terus mulut ni tanpa berfikir dan dengan lancarnya tanpa tergagap atau tersangkut-sangkut dengan penuh keyakinan..mulut ni cakap, "nasi lemak ayam 1" dengan wajah yang tanpa rasa ragu-ragu atau bersalah.

Jaga badan! Eerrmm.. memang sesuatu perkara yang amat getir,sudahlah kena mengawal nafsu makan, kena exercise setiap hari untuk burn calories, omputih kata. Semua perkara yang berkaitan dengan WANITA CHANTEK ni, memang menuntut pengorbanan yang berat, nak jaga kulit muka atau badan pun kena kawal makan juga. Banyaknya kena jaga, suami pun kita kena jaga juga. Badan terlebih pun susah,terkurang pun susah, jadilah "bam"..haha..

Solusinya harus rajin di dalam apa jua perkara untuk menjadikan seseorang itu WANITA CHANTEK. Pengorbanan menu utama, menolak makanan yang sedap-sedap,haha.. Apa lagi? Apa kata sesiapa yang boleh share tips untuk selim ni,sudi-sudilah komen. Control makan..pesanan untuk diri saya tu..

Thursday, March 31, 2011

KONGSI

Anak-anak saya semuanya lelaki...comel pula nampak mereka,tapi bila time bergaduh,hilang terus kecomelan mereka.hehe..

HAHA.....KONGSI???....Sejak menjadi blogger ni,banyak juga info dan tips mengenai hal-hal keharmonian rumahtangga.Episode yang lalu ada saya bangkitkan isu berebut-rebut minum cawan air di bekas bibir pasangan masing-masing.Sementelah itu ada beberapa orang rakan saya menambah rencah,tapi ini semua bukan di reka-reka untuk menarik perhatian pembaca,ini semua dari pengalaman masing-masing bersama pasangan hidup.HHAAA.....yang bestnya ada yang berKONGSI berus gigi...saya rasa jika pada pasangan yang baru berkahwin,yang tengah honeymoon tu...sure yang perempuan berkata,....."eeeewwww"....eeeee....tak naklah share toothbrush u ni...gelilah...hehe...Tetapi bagi pasangan yang sudah lama....yang membawa maksud,mungkin 10,20 tahun ++ bersama...sudah tentu banyak perkara yang diKONGSI bersama.Perlukah saya beri detailsnya....eerrmmm....saya rasa ramai yang sudah faham.
Apa yang saya ingin KONGSIKAN di sini....eerrr....sanggupkah,REDHAkah,PASRAHkah kita WANITA-WANITA CHANTEK ini berKONGSI suami?????.....
Tidak berani untuk memberi jawaban yang specific,sebab ini semua KETENTUAN ALLAH....cuma apa yang saya boleh KONGSI di sini adalah...PENTINGNYA REDHA ISTERI.Zaman sekarang bukan seperti zaman RASULLULLAH s.a.w yang suami-suami mereka mati syahid di medan peperangan,zaman sekarang sudah menjadi seperti INTREND menambah cawangan.Mampu,duit banyak,konon boleh adil..ON.Sebenarnya banyak perkara-perkara remeh yang kita tak mampu buat.
Sepatutnya jika ingin menambah cawangan,haruslah isteri yang memilih calon dan isteri pergi meminang,kenapa saya berkata begini,sebab itulah REDHA ISTERI...isteri yang memilih,tapi pilihan bagaimanakah?Contoh ; yang kematian suami,tidak mampu menyara keluarga,tiada pendapatan yang cukup,tiada tempat tinggal yang sepatutnya,kadang-kadang tidak di sangka dengan sahabat sendiri.Bunyi tu,macam saya setuju je,tapi di dalam hati hanya ALLAH yang tahu,betapa sekiranya kita boleh menentukan,ingin kita "cop" di dahi suami kita tu ya.Tak tahulah orang lain.
Tetapi sekarang ni,dari pengamatan dan penyelidikan saya,yang tidak mendapat mana-mana tauliah,lelaki-lelaki itu mencari perempuan yang sudah mempunyai kedudukan yang tinggi,bisnes yang stabil,yang memakai tudung glamor,yang berharga ratusan ringgit.Saja je sebut tudung,sebab sekarang ni tudung mahal-mahal.Jadi dari situ kita sudah nampak apa konsep perkahwinan itu.Eh!..tak beranilah nak sebut hal jodoh ni,sebab ini semua ketentuan ALLAH.Dah terjumpa and tersuka,jodohla namanya..OH!!!...TIDAKKK....

Ingin saya nyatakan sekali lagi,saya tidak berani nak komen lebih-lebih tentang jodoh ini.Dengan sekelip mata sahaja manusia boleh berubah,walaupun rumahtangga mereka tiada masalah,tapi keinginan hati lelaki,kita tidak tahu.Sebagai wanita biasa dan lemah ini,siapalah kita yang mampu menghalang sekiranya perkara sebegini berlaku.

Yang mampu hanyalah berusaha dan berdoa supaya ALLAH memberi rahmat yang terbaik untuk kita semua.INSYAALLAH...aminnn.....


Ini semua KONGSI RAYA punya hal....haha....tengok sampai dah bulat perutnya,menandakan hidupnya penuh dengan kebahagiaan....

KONGSI