Tuesday, March 29, 2011

LELAKI INI

Ini gambar husband and anak-anak,from left ; my B,Aiman,Danial and Uwais.

Hhmmm.....apa yang perempuan dan WANITA harapkan dan dambakan dari LELAKI.Sebagai wanita sudah tentu lelaki ini menjadi pelindung dan penyelamat pada wanita.Apa lagi?..Memberi nafkah zahir dan batin pada yang sudah berkahwin.Lelaki juga harus cepat membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.Mungkin tanpa lelaki hidup kita tidak lengkap,sama-sama saling memerlukan.
Dan yang paling penting,lelaki harus menyediakan tempat tinggal dan wang yang mencukupi untuk menyara keluarga.Wanita perlu banyak berkorban masa demi mengizinkan suami keluar mencari rezeki.Owh...alangkah indahnya dunia ini,jika sekiranya,suami sentiasa di sisi,pergi kerja sekejap-sekejap sahaja dan banyak masa di luangkan bersama isteri dan anak-anak.Bila-bila rasa hendak shopping boleh...nak cuti-cuti.com,husband kata "anytime darling"...Wahh!!!...bahagianya hidup...tapi itu mungkin cerita dongeng yang saya reka.Walaubagaimanapun,LELAKI harus juga keluar rumah untuk menambah pendapatan.
Tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin meninggi,anak-anak semakin membesar,sudah tentu tuntutan lebih meningkat.Belum lagi si isteri minta "macam-macam"...hehe...
Balik kepada tajuk di atas,sebenarnya WANITA ini menginginkan KESETIAAN dari sang suami,suami pula hanya mendambakan KEHORMATAN dari si isteri.Tips lagi,tapi tak tahulah menjadi atau tidak,untuk saya hingga ke saat ini masih berhasil..hehe..
Setiap kali suami hendak keluar bekerja,hantarlah suami hingga ke muka pintu,berikan ciuman dan lambaian yang penuh kasih sayang,kalau ada tetamu di rumah,pandai-pandailah cover..hehe..
Pastikan hari-harinya penuh dengan ketenangan,jadi pekerjaannya pada hari itu..INSYAALLAH..berjalan dengan lancar.Kalau anda ada "keistimewaan" masing-masing,praktikkanlah,supaya apabila suami sedang memandu akan sentiasa tersenyum mengenangkan anda,si isteri....aaawwww.....
Saja suka-suka nak memeriahkan blog ni,so jari jemari ni menaip apa yang tiba-tiba terlintas di fikiran.Bonus untuk wanita yang memiliki lelaki ROMANTIS di dalam kehidupan seharian mereka,sebab wanita mudah cair bila bersama dengan lelaki romantisss....Aaww lagi....SEMOGA BERBAHAGIA UNTUK SEMUA WANITA DAN LELAKI INI.....senyum.....

1 comment:

  1. Wanita yang mnjadi ister dan ibu kepada anak2 peranannya sgt besar..tambah2 time si suami outstion..Fuhh..semua nk si Wanita ini nk buat sorg...jadi..si LELAKI..yg bernama si suami..faham2 lahh..tambah lah alaun utk si WANITA yg juga si isteri dan ibu kpd anak2 nyaaa...agar2 si WANITA ini..melaksanakan tugas2nya..dgn senyuman...

    ReplyDelete