Saturday, April 2, 2011

JAGA BODY

Inilah tempatnya,kita orang anak beranak suka makan-makan di tengah malam. Di sini yang bestnya sebelah taman ni ada uptown, dekat Danau Kota, lepas makan kita orang jalan-jalan kat uptown, macam-macam benda boleh shopping di sini, tapi kalau baju-baju yang cute-cute tu berlambaklah, yang extra cute-cute, tu kena la rajin pusing sampai terjumpa. Siapa suruh makankan.. Anak-anak paling suka, sebab ada jual binatang-binatang, boleh tengok binatang-binatang tu tanpa berkedip-kedip, malam minggu boleh la melayan anak-anak ni.

Macamana gambar char koew teow ni kat atas pulak,sorryla,saya ni tak handal lagi ni,jika ada yang bercelaru sorry ek..


Topic jaga body,a.k.a badanlah senang.Jaga badan,tengoklah di atas tu,mencuba sedaya upaya supaya menampakkan badan yang selim..haha..Inilah cabaran yang paling getir,bagi sayalah,orang lain mungkin tidaklah segetir saya menahan nafsu makan.Bagaimana hendak menahan nafsu makan? Sedangkan gambar-gambar di bawah ini sebahagian makanan yang paling saya gemari hingga ke hujung nyawa.Bukan bercinta sahaja ke hujung nyawa,makanan pun memberi peranan yang utama dalam kehidupan seharian kita.


Haa..cawangan ni baru di buka di Sri Gombak.Berdekatan dengan rumah saya,yang membawa maksud,bila teringin atau mengidam,samapai kechor air liur,orang Perak kata,apalagi,berdesuplah ke sini.Tutup tengah malam,waktu itu jugalah nak pergi makan.Hendak jaga badan boleh,makanlah ikan-ikan sahaja,tapi..bolehkee? Problem is,sebelum sampai,mulut ni berkata makan ikan-ikan,lauk-lauk sahaja,tetapi bila kaki ini sudah menjejaki tempat itu,mulut dan hati seiring berkata,nak nasilah.Nak kena beritahu ke? Apalagi,licinla sepinggan nasi..eerrkk..ALHAMDULILLAH..kenyang.Tak perlu berkata apa-apa,dah berlaku..ngee..

Ini baru sikit je..tak tunjuk gambar nasi tu,kononnya pada mula tak mahu makan nasik.

Gambarnya di atas sekali..eerr..sorry,macamana bole jadi lagu ni,dah cakap utara pulak.Harap-harap u all faham ya.. Siapa tak tahu apa nama ni? Sengaja buat tak tahu.Char Koew Teow..paling sedap di makan di waktu tengah malam juga.Saya berasa pelik dan buat-buat pelik,kenapa makan di tengah malam tu rasa macam best sangat.Cuba kita makan char koew teow ni time breakfast or lunch,sure feeling dia tak sefeeling makan di tengah malam.Kenapa ya?..Buat-buat tanya pulak malcik ni.


Nasi lemak ayam! Uuii..tengok sambal dia melimpah-limpah,dah tu merah menyala.Nak makan di sini kena Q,tengah Q,hati tu pun cakap sama macam story di atas,tak mahu makan,nak share dengan anak-anak je ataupun husband.Tetapi di sebabkan kadang-kadang Qnya panjang,asal sampai je di cashier,terus mulut ni tanpa berfikir dan dengan lancarnya tanpa tergagap atau tersangkut-sangkut dengan penuh keyakinan..mulut ni cakap, "nasi lemak ayam 1" dengan wajah yang tanpa rasa ragu-ragu atau bersalah.

Jaga badan! Eerrmm.. memang sesuatu perkara yang amat getir,sudahlah kena mengawal nafsu makan, kena exercise setiap hari untuk burn calories, omputih kata. Semua perkara yang berkaitan dengan WANITA CHANTEK ni, memang menuntut pengorbanan yang berat, nak jaga kulit muka atau badan pun kena kawal makan juga. Banyaknya kena jaga, suami pun kita kena jaga juga. Badan terlebih pun susah,terkurang pun susah, jadilah "bam"..haha..

Solusinya harus rajin di dalam apa jua perkara untuk menjadikan seseorang itu WANITA CHANTEK. Pengorbanan menu utama, menolak makanan yang sedap-sedap,haha.. Apa lagi? Apa kata sesiapa yang boleh share tips untuk selim ni,sudi-sudilah komen. Control makan..pesanan untuk diri saya tu..

No comments:

Post a Comment