Wednesday, March 30, 2011

TSUNAMI CHINTA

Post gambar ni sebab laut tu ada kaitan dengan tsunami.

Dalam Bahasa Malaysia membawa maksud ombak besar.Kebetulan baru balik dari SPA dengan sahabat lama,mata ni dah memang berat untuk dibukakan.Tapi terpaksa menunggu anak-anak balik dari mengaji,layan sekejap tv,on saja TV3 sedang membuat liputan tentang mangsa-mangsa tsunami.
Tajuk di atas tu tsunami chinta kan...saya rasa impaknya macam sama,cuma tidak melibatkan kerosakan harta benda atau kematian.Impaknya mungkin hati dan perasaan yang tidak dapat di bendung apabila CHINTA menguasai pemikiran.Lebih hangat lagi jika TSUNAMI CHINTA ini berdepan dengan pasangan yang sudah berkahwin.
Tsunami ini manusia tidak dapat mengawal atau bersedia akan impaknya.Malahan negara Jepun yang terkenal dengan kecanggihan alatan elektroniknya,alat perkomputeran yang terkini,bangunan yang boleh di kawal tatkala gempa bumi,tetapi bila tsunami melanda,segala peralatan tidak mampu menjadi tembok pelindung.Apatah lagi kita manusia yang lemah,apakah peralatan yang kita ada untuk melindungi diri kita dari TSUNAMI CHINTA....wahhh!!!....
Kita tidak mempunyai persediaan untuk menghalang kedua-dua TSUNAMI ini...

MAMPUKAH kita?....

1 comment:

  1. tsunami pada pendapat saya sangatlah bahaya. kerana melibatkan air yang begitu besar dan mampu memusnahkan dan membunuh beribu2 manusia dalam sekelip mata sahaja. kalau tsunami cinta, errr..no komen.hehe

    ReplyDelete